Mission News

RAKYAT MALAYSIA DI JEDDAH GEMBIRA DAPAT BERAMAH MESRA DENGAN YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

03 August 2009 1 views

RAKYAT MALAYSIA DI JEDDAH GEMBIRA DAPAT BERAMAH MESRA DENGAN YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

 

 

Satu Majlis Jamuan Makan Tengahari Masyarakat Malaysia bersama YAB Perdana Menteri telah di adakan di Dewan Al-Qasr, Hotel Hilton Jeddah pada 19 Julai 2009.

 

Rakyat Malaysia di Jeddah amat gembira dapat beramah mesra dan mendengar amanat YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa majlis yang diadakan sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke Arab Saudi. Dalam ucapannya YAB Perdana Menteri mengingatkan masyarakat Malaysia di sini tentang hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi dan mmenyeru mereka  mempertingkatkan usaha dalam bidang yang mereka ceburi bagi menaikkan  nama baik negara.

 

 

Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh hampir 500 orang rakyat Malaysia yang bermastautin di sekitar Jeddah. Mereka tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama YAB Perdana Menteri yang dikasihi.

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan dua buah lagu patriotik secara beramai-ramai diiringi oleh Koir Konsulat Jeneral Malaysia. Selain menikmati jamuan makan tengahari, YAB Perdana Menteri dan para hadirin juga telah dihiburkan oleh beberapa persembahan nyanyian oleh pegawai dan kakitangan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah. Aturcara istimewa adalah deklamasi sajak “1 Malaysia” yang diiringi oleh nyanyian lagu“Ilham Pujangga“.

 

YAB Perdana Menteri membuat Lawatan Kerja ke Arab Saudi pada 16 – 20 Julai 2009. Selain mengadakan pertemuan khas dengan Raja Abdullah dan bermesyuarat dengan Presiden Bank Pembangunan Islam(IDB), YAB Perdana Menteri juga telah mengadakan dialog khas dengan wakil-wakil Masyarakat Malaysia di Jeddah.

 

YAB Perdana Menteri mengerjakan Ibadah Umrah di Masjidil Haram, Makkah Al Mukaramah dan Ziarah ke Masjidil Nabawi di Madinah Al Munawarah. YAB Perdana Menteri juga telah melawat Restoran D’Saji milik FELDA di Makkah.

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA

JEDDAH

 

25 JULAI 2009

Share:
Link copied to clipboard
Back