Mission News

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI KONSULAT JENERAL MALAYSIA, JEDDAH DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN DYTM RAJA MUDA PERLIS.

15 December 2009 1 views

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI KONSULAT JENERAL MALAYSIA, JEDDAH DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN DYTM RAJA MUDA PERLIS.

 

 

 

Lebih 600 orang rakyat Malaysia yang menghadiri Majlis Hari Raya Aidil Fitri di perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia pada Rabu, 14 Oktober 2009, berasa amat gembira dan terharu dengan keberangkatan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Lailaitul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis di majlis tersebut.

 

 

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bukan sahaja mencemar duli menyampaikan titah kepada rakyat Malaysia tetapi juga telah menghabiskan masa beramah mesra dengan para hadirin.

 

Perkarangan konsulat dihias cantik dengan pelita tradisional dan lampu warna-warni bergermelipan bagi menyambut suasana Hari Raya. Pelbagai hidangan dan juadah disediakan dengan kerjasama PERWAKILAN dan Kelab Malaysia Jeddah(KMJ). Semangat kerjasama “gotong-royong“ Hari Raya dihidupkan semula bagi merapatkan silratulrahim di antara pegawai konsulat bersama komuniti rakyat Malaysia.

 

Majlis telah diserikan dengan pertandingan menganyam ketupat, teka berat buah-buahan dan nyanyian lagu-lagu “Hari Raya“. Hadiah-hadiah disampaikan kepada pemenang termasuklah hadirin dengan pakaian tradisional tercantik. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan mendapat duit raya.

 

 

 

KONSULAT JENERAL MALAYSIA

JEDDAH

 

17 November 2009.@$

Share:
Link copied to clipboard
Back