Mission News

SPB YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SPB RAJA PERMAISURI SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH.

23 May 2009 1 views

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah membuat lawatan singkat ke Saudi Arabia pada 28 April -2 Mei 2009. Keberangkan Seri Paduka Baginda berdua untuk mengerjakan ibadah umrah telah diberikan taraf dan layanan tetamu negara.

Keberangkatan tiba Tuanku Mizan di Royal Pavilion, Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah pada 28 April 2009, telah disambut oleh Gabenor Makkah, Prince Khaled Al-Faisal, TYT Duta Besar Malaysia, Konsul Jeneral dan pegawai-pegawai kanan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.

Seri Paduka Baginda berdua berangkat lepas dari Royal Pavilion, King Abdul Aziz International Airport pada 2 Mei 2009, dengan pesawat khas kerajaan Malaysia. Turut bersama semasa keberangkatan lepas adalah Prince Abdullah bin Fadh bin Mohammad Al Saud, TYT Duta Besar Malaysia, Konsul Jeneral dan pegawai-pegawai kanan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.
Share:
Link copied to clipboard
Back