Pada 17 Jun 2013, Prof Mohd Kamil Ibrahim, penulis buku terlaris, Travelog Haji telah berkunjung ke Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan untuk menyampaikan satu tazkirah motivasi. Sesi takzirah tersebut telah dihadiri oleh semua penjawat awam di Kedutaan Besar Malaysia, Khartoum, Sudan. Takzirah beliau menceritakan mengenai pengalaman perjalanan beliau ke Tanah Suci dan bagaimana beliau memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SWT dalam persediaan untuk melaksanakan Rukun Islam yang ke-4 iaitu Ibadah Haji. Beliau juga mengingatkan penjawat awam di Kedutaan agar bekerja dengan tekun sepertimana yang diamanahkan.