Mission News

HARI SUKAN NEGARA

20 October 2015 1 views

Pada 10 Oktober 2015, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan telah menganjurkan aktiviti Senamrobik dan Pertandingan Badminton sempena Hari Sukan Negara 2015 di Dewan Serbaguna Kompleks Petronas. Penyertaan seramai hampir 130 orang rakyat Malaysia di Sudan yang terdiri daripada kakitangan dan keluarga Kedutaan serta Petronas dan pelajar-pelajar.

 

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh TYT Mustafa Hj. Mansor, Duta Besar Malaysia ke Sudan. Hari Sukan Negara yang julung kalinya diadakan ini mendapat sambutan yang amat baik daripada rakyat Malaysia di Sudan. Suasana majlis adalah amat meriah dengan kesungguhan dan semangat bersenam yang ditunjukkan semasa senamrobik dan juga dalam pertandingan persahabatan badminton. Acara tersebut bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara rakyat Malaysia malah memupuk budaya hidup yang sihat dengan bersukan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas. Jamuan ringan makan pagi iaitu nasi lemask dan roti canai turut disediakan pada hari itu.

 

  
  
  
  
  

 

Share:
Link copied to clipboard
Back