KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DAN PERWAKILAN KHARTOUM MENGEDARKAN JUADAH HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI SUDAN
Pada 24 Mei 2020, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum dengan kerjasama PERWAKILAN Khartoum telah mengedarkan juadah Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar Malaysia di Sudan melibatkan 6 buah rumah iaitu Ettihad, White House, Barakah, Mujahideen, Kheir Nawa dan Balabil.
Ini merupakan salah satu inisiatif dalam membantu kebajikan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar Malaysia di Sudan dengan pihak Kedutaan serta PERWAKILAN Khartoum dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri di Sudan.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
24 Mei 2020
