Mission News

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA MENGANJURKAN PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR MALAYSIA DI SUDAN

14 April 2022 1 views

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA MENGANJURKAN PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR MALAYSIA DI SUDAN

 

Pada Jumaat, 15 April 2022, bersempena menyambut bulan Ramadan, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum (KBM Khartoum) telah menganjurkan program berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Sudan.

 

Program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, berbuka puasa, solat isyak berjemaah dan diakhiri dengan solat tarawih berjemaah.

 

Program ini merupakan salah satu inisiatif KBM Khartoum di bawah Program Mendekati Rakyat Malaysia (PMRM). Program yang diadakan ini telah memberi ruang untuk KBM Khartoum menyantuni para pelajar dan mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar dengan KBM Khartoum.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Khartoum

 

15 April 2022

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back