Mission News

LAWATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KE KHARTOUM, SUDAN

16 April 2014 1 views

 

 

Pada 16-26 April 2014, delegasi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai oleh Naib Canselornya, Profesor Ir. Dr. Wahid Omar telah mengadakan lawatan ke Khartoum, Sudan. Lawatan tersebut adalah di atas jemputan daripada Khartoum State, Sudan Master Technolgy dan  Sudan University Science and Technology. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi menandatangani Letter of Intent (LOI) dengan Khartoum State, MoA dengan Sudan Master Technology dan MoU dengan Sudan University for Science Technology. Selain itu juga, lawatan kerja tersebut turut merangkumi kajian Analisa Keperluan Latihan (Training Need Analysis), bengkel dan seminar bersama Sudan University Science and Technology

 

Majlis menandatangani LOI, MoA dan MoU tersebut telah diadakan pada 24 April 2014 di Bangunan Sudan News Agency. Majlis tersebut turut disaksikan oleh TYT Dato’ Mohd Ashri Muda, Duta Besar Malaysia ke Sudan.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back