Mission News

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI KHARTOUM

30 July 2013 1 views

 

Pada 18 Julai 2013, Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk rakyat Malaysia yang menetap di sini. Majlis yang diadakan di Rumah Malaysia dihadiri oleh rakyat Malaysia yang bekerja dengan Petronas, DAL Group dan United Nations serta juga pelajar-pelajar yang menuntut di sini. Majlis diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia serta memupuk sifat rasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat. Suasana majlis yang amat meriah itu juga telah memberi peluang kepada TYT Duta Besar untuk beramah mesra dengan rakyat Malaysia. 

         

Majlis dimulai dengan jamuan berbuka puasa dan diikuti dengan solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih secara berjemaah. Setelah selesai solat Tarawih, TYT Duta Besar Dato’ Mohd Ashri Muda turut menyampaikan ucapan ringkas yang antara lain menyentuh mengenai Dasar Luar Negara Malaysia.

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back