MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA SUDAN (PMMS) PADA 26 FEBRUARI 2022
Pada Sabtu, 26 Februari 2022, TYT Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sudan telah menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan (PMMS) kali ke-27 yang diadakan di Dar Ettihad (kediaman PMMS). Turut sama hadir dan mengiringi TYT Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sudan adalah Encik Muhammad Rafeeq Mohd Razali, Setiausaha Ketiga, Encik Mohamad Azim Rosli, Ketua Operasi NADA Properties dan Encik Tang Hing Hung, Pengurus HSE PETRONAS.
KBM Khartoum mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua barisan ahli jawatankuasa PMMS 2021 di atas sumbangan yang telah diberikan dan selamat maju jaya kepada barisan pimpinan yang bakal menerajui PMMS bagi sesi 2022.
Kedutaan Besar Malaysia
Khartoum
26 Februari 2022
