Kedutaan Besar Malaysia di Republik Sudan telah menganjurkan majis sambutan bagi memperingati Hari Kebangsaan kali yang ke-55 pada 31 Ogos 2012 bertempat di Rumah Malaysia di Al-Riyadh, Khartoum.
Majlis tersebut dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh pelajar Malaysia. Bendera Jalur Gemilang kemudiannya dinaikkan diiringi dangan nyanyian lagu Negaraku oleh para hadirin.
Tuan Yang Terutama Dato' Mohd Ashri Muda, Duta Besar Malaysia ke Republik Sudan kemudiannya menyampaikan ucapan yang antara lainnya menyeru agar semua rakyat Malaysia yang berada di Sudan agar terus menjaga dan mengharumkan lagi nama negara.
Majlis ini turut diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di mana para hadirin telah dihidangkan dengan pelbagai dengan juadah Malaysia.


