Mission News

FLAG RAISING CEREMONY

30 August 2008 1 views


Sambutan Hari Kebangsaan ke-51 Kedutaan Besar Malaysia di Dakar, Senegal bermula dengan acara menaikkan Jalur Gemilang pada 31 Ogos 2008 di Rumah Malaysia.  Upacara menaikkan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku diadakan pada pagi Hari Kemerdekaan dan disusuli dengan ucapan daripada PYT Dato' Jamaiyah M. Yusof sebelum tetamu beransur ke dewan makan untuk sarapan pagi.  Tetamu yang hadir dijamu dengan nasi lemak serta kuih-muih Malaysia.  Jemputan terdiri daripada rakyat Malaysia di Senegal, kakitangan HBS serta keluarga, kakitangan ambilan tempatan (KAT) dan staf Petronas Carigali, Mauritania.

Share:
Link copied to clipboard
Back