Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh mengundi pos bagi warganegara Malaysia di Dakar, Republik Senegal yang layak mengundi adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 28 April 2013
Masa: 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Tempat: Kedutaan Besar Malaysia
No.7(VDN) Fann Mermoz
B.P. 15057 Dakar-Fann
Republik of Senegal
Telefon: +221 33 825 8935/36
Bagi warganegara Malaysia yang telah menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pengundi, anda adalah dinasihatkan untuk memeriksa status permohonan di laman web SPR - www.spr.gov.my
Anda dikehendaki membawa bersama-sama kad pengenalan asal atau pasport bagi semakan di hari mengundi.
Kerjasama Tuan/Puan dalam hal ini adalah amat dialu-alukan.
Kedutaan Besar Malaysia,
Dakar, Republik Senegal
23 April 2013