Mission News

Kelas Bahasa Malaysia

05 February 2021 1 views

Kelas Bahasa Malaysia

 

Sebagai persediaan awal untuk pelajar-pelajar Senegal yang akan menyambung pelajaran peringkat Sarjana Muda di Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia Dakar telah menganjurkan beberapa siri kelas Bahasa Malaysia ringkas. Kelas-kelas tersebut, yang lebih berfokus kepada pergaulan di kampus, telah diadakan sepanjang bulan Januari dan Februari 2021.

 

Hanya pelajar yang telah ditawarkan tempat di universiti tempatan Malaysia sahaja yang digalakkan menghadiri kelas tersebut.

 

Selain dari mempelajari Bahasa Malaysia bagi pergaulan biasa, pelajar-pelajar Senegal ini juga telah didedahkan kepada norma kebudayaan di Malaysia, seperti menerima undangan untuk ke rumah, menghormati pensyarah, dan perkara lazim seperti menggunakan pengangkutan awam. Mereka juga didedahkan dengan makanan Malaysia, dan diberi peluang merasa sedikit juadah yang disediakan oleh Kedutaan.

 

Adalah diharapkan kelas Bahasa Malaysia ini dapat sedikit sebanyak membantu pelajar Senegal menyesuaikan diri dengan kehidupan pelajar di Malaysia kelak.

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Dakar, Senegal

 

5 Februari 2021

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back