Mission News

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.48 AYER KUNING, PERAK

10 March 2025 1 views

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DEWAN NEGERI N.48 AYER KUNING, PERAK

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.        Untuk makluman Tuan/Puan, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang bermesyuarat pada 7 Mac 2025 (Jumaat) telah menetapkan tarikh Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak adalah pada 26 April 2025 (Sabtu).

3.        Sehubungan itu, permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B - pengundi pos luar negara bagi pelaksanaan PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak telah mula dibuka mulai pada 7 Mac 2025 (Jumaat) dan akan ditutup pada 20 Mac 2025 (Khamis).

4.       Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

4.1    Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Negeri N.48  Ayer Kuning, Perak; dan
4.2    Tinggal di luar negara.

5.       Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my. Dilampirkan bersama-sama ini Langkah-langkah Permohonan Akaun Baharu MySPR dan Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B Secara Online Melalui MySPR. 

6.        Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian 03-8892 7080 atau e-mel upup@spr.gov.my. 

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat
10 Mac 2025

Panduan Permohonan Undi Pos Kategori 1B Secara Online Melalui MySPR

/documents/2335016/10024477/PANDUAN+PERMOHONAN+UNDI+POS+KATEGORI+1B+%28BAHASA+MALAYSIA%29.pdf/b54ec661-be13-423b-91df-31774d352240

Share:
Link copied to clipboard
Back