Mission News

LAWATAN RASMI TYT PRESIDEN TURKMENISTAN KE MALAYSIA 18-19 DISEMBER 2024

19 December 2024 1 views

 

Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow yang memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini hari ini.
Ini adalah lawatan rasmi pertama Berdimuhamedow sejak memegang jawatan pada Mac 2022. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan beliau pada pukul 9 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Berdimuhamedow kemudian memeriksa Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back