22 Mei 2025 - TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia ke Republik Turkiye telah menerima kunjungan delegasi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kedutaan Besar Malaysia di Ankara.
Delegasi UMS diketuai oleh Dr. Rizal Zamani bin Idris, Pensyarah Kanan Program Hubungan Antarabangsa UMS dan turut disertai oleh seorang pensyarah dan 10 orang mahasiswa / mahasiswi UMS.
Delegasi telah diberikan taklimat mengenai peranan Kedutaan dan hubungan dua hala Malaysia - Turkiye yang merangkumi bidang politik, ekonomi, pendidikan dan pelancongan.


