TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Universiti Malaya di Ankara, Turkiye. Delegasi tersebut sedang menjalankan kajian lapangan berkenaan pelaksanaan pensijlan halal dan pengoperasian badan pensijilan halal di Turkiye.
Semasa pertemuan tersebut, TYT Duta Besar telah diberi taklimat mengenai Dasar Halal Negara 2035 dan Pelan Tindakan Dasar Halal Negara 2030. TYT Duta Besar juga telah berkongsi pandangan mengenai peluang industri halal di Turkiye.

