19 April 2023 - TYT Ambassador Sazali telah mengadakan majlis IFTAR bersama 25 pelajar-pelajar Malaysia dan 30 warga Kedutaan Besar Malaysia di Ankara. Semasa Majlis tersebut, TYT Duta Besar telah menyerahkan sedikit sumbangan bagi membantu Persatuan pelajar-pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2023. Majlis tersebut juga merupakan salah satu daripada Program Mendampingi Rakyat Malaysia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan pelajar-pelajar Malaysia di Ankara, Turkiye.



