22 Mac 2024 - TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye telah menganjurkan Majlis Iftar bersama pelajar - pelajar Malaysia dan warga Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia di Ankara.
Majlis IFTAR tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim di kalangan rakyat Malaysia di Ankara.
Semasa majlis tersebut, para pelajar turut dibekalkan dengan kuih raya sumbangan Perwakilan.
Majlis Iftar tersebut berakhir dengan sesi Solat Terawih yang disertai warga Kedutaan dan para pelajar.





