Mission News

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MASAT 2025

25 May 2025 1 views
25 Mei 2025 - TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye telah menghadiri (secara online) Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MASAT 2025.
TYT Duta Besar telah menyampaikan ucapan alu-aluan semasa AGM tersebut. Beliau menasihatkan agar pelajar-pelajar Malaysia sentiasa menjaga nama baik negara dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
Duta Besar memaklumkan bahawa pegawai-pegawai Kedutaan boleh dihubungi sepanjang keberadaan mereka di Turkiye bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara.
Kedutaan juga menyokong program-program anjuran bersama oleh Kedutaan dan MASAT dan mengucapkan selamat maju jaya kepada barisan pimpinan MASAT bagi sesi 2025/2026.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back