TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye telah mengadakan perjumpaan dengan mufti - mufti dari Malaysia, ahli - ahli akademik dari Universiti Malaya (UM) dan Pegawai - pegawai Kanan Kerajaan Negeri di Kedutaan Besar Malaysia di Ankara.
Delegasi tersebut sedang mengikuti Program Ilmu Falak di Turkiye. Program tersebut dianjurkan oleh Diyanet Turkiye dengan kerjasama Universiti Ankara, Universiti Istanbul dan Universiti Marmara.




