Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dengan kerjasama MASAT telah menganjurkan Program "Türkiye Aku Datang Siri 2" bagi pelajar-pelajar baru Malaysia di Türkiye.
Semasa majlis tersebut, TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye telah memberikan kata-kata aluan dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar tersebut.
TYT Duta Besar juga mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang akan memulakan pengajian mereka di Turkiye.




