18 Oktober 2025 – Kedutaan Besar Malaysia ke Republik Türkiye telah menganjurkan Hari Sukan Negara selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).
Aktiviti sukan yang dipilih tahun ini ialah bowling. Hari Sukan tahun ini telah disertai oleh 60 peserta yang terdiri daripada pegawai - pegawai Kedutaan, pegawai - pegawai dari Tentera Udara Diraja Malaysia, ahli-ahli PERWAKILAN Ankara, pelajar-pelajar Malaysia dan ekspatriat Malaysia yang sedang menjalani kursus di TUSAS.
Hari Sukan Negara ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti Malaysia di Türkiye dan memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan.

