TYT Sazali Mustafa Kamal, Duta Besar Malaysia ke Republik Turkiye telah menghadiri Upacara Steel Cutting bagi projek Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) TLDM di Istanbul Shipyard, Turkiye. Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain dan disaksikan oleh delegasi Kementerian Pertahanan yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Dr. Mohd Bakhari bin Ismail serta wakil TLDM dan Pasukan Projek LMSB2.
Upacara Steel Cutting merupakan acara pemotongan plat besi kapal sebagai simbolik permulaan aktiviti pembinaan kapal.
