Komuniti Malaysia di Los Angeles, California melalui Malaysian Islamic Foundation of North America (MIFNA) telah menganjurkan beberapa siri Iftar dan Tarawih pada setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan 1433 Hijrah. Program ini diadakan mengikut zon/county di California. Ini bagi memberi peluang kepada semua ahli MIFNA untuk turut menyertai Iftar dan Tarawih di zon berhampiran mereka. Walaupun berada jauh diperantauan, sambutan Ramadhan tetap diraikan dengan meriah dan penuh kesyukuran. Penyediaan makanan dibuat secara 'pot-luck'. Encik Nekmat Ismail, Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles selaku Patron MIFNA dan isteri telah turut hadir dalam beberapa majlis yang telah diadakan.
Di samping program Iftar dan Tarawih anjuran MIFNA, pegawai home based staff dan kakitangan ambilan tempatan juga tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan majlis yang sama di kediaman masing-masing.