Mission News

Majlis Makan Malam Pelajar bersama Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat di Boston

29 August 2011 1 views


Konsulat Jeneral Malaysia, New York dengan kerjasama Pejabat MIDA Boston telah menganjurkan majlis makan malam pelajar bersama YB Ambassador Dato’ Sri Dr. Jamaludin Jarjis, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan isteri pada Sabtu, 17 September 2011. Ia turut dihadiri oleh Tuan Syed Bakri Syed Abdul Rahman, Konsul Jeneral Malaysia di New York dan isteri, pegawai Konsulat dan wakil MIDA Boston.

 

Makan malam secara informal tersebut telah dihadiri oleh 46 orang pelajar persendirian dan tajaan kerajaan dari lapan universiti dan kolej sekitar Boston, antaranya Harvard, MIT dan Berklee College of Music.

 

Tujuan utama majlis tersebut adalah untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan para pelajar yang kebanyakannya adalah pelajar persendirian di samping mendapatkan maklumbalas pelajar sekiranya mereka mempunyai apa jua permasalahan. Program ini juga adalah dalam skop ‘Program Mendampingi Rakyat Malaysia (PMRM)’.

 

Secara keseluruhannya, para pelajar cukup teruja menghadiri majlis tersebut kerana selain bersempena Aidilfitri, ia juga lebih santai dengan Duta Besar serta Konsul Jeneral sendiri berpeluang beramah mesra dengan para pelajar. TYT Duta Besar turut mencadangkan agar pertemuan seterusnya dengan kelompok pelajar yang lebih kecil melibatkan wakil-wakil setiap universiti dapat diadakan. Ini akan lebih memudahkan interaksi serta mewujudkan jalinan kemesraan antara wakil Kerajaan dan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

 

 

Duta Besar dan Konsul Jeneral bermesra dengan para pelajar

 

 

Bersama-sama para pelajar dari Berklee College of Music

Share:
Link copied to clipboard
Back