Mission News

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan TYT Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Vietnam.

28 February 2025 1 views
Sebelum menyampaikan Ucaptama di Forum Masa Hadapan ASEAN, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan TYT Pham Minh Chinh, Perdana Menteri Vietnam.
Sepanjang pertemuan tersebut, kedua-dua Perdana Menteri membincangkan pelbagai isu dua hala dan serantau. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mempergiatkan pembangunan infrastruktur bersama dalam sektor tenaga luar pesisir serta memulakan kerjasama secara rasmi mengenai keterjaminan makanan, dengan penekanan khusus kepada peningkatan perdagangan dalam komoditi pertanian dan perikanan.
Kedua-dua pemimpin turut berkongsi visi yang sama untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang baharu yang berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital.
Pertemuan tersebut juga membincangkan pelbagai cabaran global yang sedang dihadapi di rantau ini berikutan trend ekonomi semasa. Kedua-dua Pemimpin menggesa agar negara-negara serantau mengambil pendirian secara bersama bagi memastikan keamanan dan kemakmuran di rantau ini terus terpelihara.
 
___________________________________________
Prior to delivering the Keynote Address at the ASEAN Future Forum, The Right Honourable Prime Minister Dato' Seri Anwar bin Ibrahim had a breakfast meeting with the Prime Minister of Vietnam, H.E. Pham Minh Chinh.
During the meeting, the two Prime Ministers discussed on a wide range of bilateral and regional issues. Both Prime Ministers agreed to intensify joint infrastructure development in the offshore energy sector and to initiate a formal agreement on food security, with a strong emphasis on enhancing trade in agro-commodities and fisheries.
Both Leaders also shared a common vision of boosting collaboration in emerging fields related to artificial intelligence and digital transformation.
The meeting also discussed on a broad spectrum of global challenges currently faced in the region due to the evolving economic trends. In this regard, both Leaders urged for a united position among countries to maintain peace and prosperity in the region.
 
Share:
Link copied to clipboard
Back