Mesyuarat Agung Tahunan PERWAKILAN Buenos Aires (AGM) Sesi 2019/2020 telah berjaya diadakan pada 30 Januari 2019 di Canseri. Dalam kapasiti sebagai Penaung / Penasihat PERWAKILAN Buenos Aires, YBhg. TYT. Dato’ Mohd Khalid Abbasi telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan bagi sesi 2019/2020. Walaupun hanya mempunyai 3 orang ahli, pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2018. Mesyuarat diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah oleh Pengerusi PERWAKILAN BA dan diikuti dengan acara jamuan ringan (potluck) yang disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN.