Mission News

ACARA MEGA RAYA MELBOURNE 2013 DI MELBOURNE, AUSTRALIA

20 August 2013 1 views

 

Satu Majlis Sambutan Raya Mega telah diadakan di Malaysian Hall Melbourne pada hari Sabtu, 17/8/2013 dari jam 11 tengahari sehingga jam 4 petang. Majlis yang diadakan/ajurkan bersama oleh Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan (EHSAN), Malaysian Student Association of Australia-Victoria (MASCA), Kelab Umno Australia Melbourne (KUAM) dan Malaysian Hall Resident Committee (MHRC) turut melibatkan sokongan dari Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne dan Education Malaysia Australia Sydney.    

 

 

Majlis tersebut yang bermula pada jam 11 pagi dengan perjumpaan antara Wakil/Presiden Empat Badan Utama Pelajar di Melbourne (EHSAN), MASCA, KUAM, MHRC) dengan Dato Dr Rameez, Konsul Jeneral dan Encik Khidziary (Educationa Attache).  Semasa perjumpaan tersebut banyak isu mengenai para pelajar dan badan pelajar tersebut dipertengahkan. Majlis kemudian disusuli dengan Majlis Pelancaran Mega Raya 2013 yang dilakukan oleh Dato Dr Rameez. Para tetamu kemudian dijamu dengan pelbagai juadah raya yang disediakan oleh para pelajar Malaysia di Melbourne seperti Satay, Nasi Himpit, Ketupat, Rendang Ayam, Roti Chanai dan kuih muih raya yang lain. Lebih dari 1000 orang menghadiri majlis tersebut. Syabas diucapkan kepada Badan Pelajar Malaysia di Melbourne kerana Berjaya mengadakan Mega Raya buat kali kedua(Mega Raya Pertama pada tahun 2012).

Share:
Link copied to clipboard
Back