Mission News

MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN AHLI PERNIAGAAN MALAYSIA DI MELBOURNE

31 July 2012 1 views

Dr. Mohamad Rameez Yahaya dan isteri telah hadir dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh SP Setia Melbourne di Madam Kay semalam (30/7/2012). Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Encik Terrence Swamipillai (Pengarah Urusan MAS Melbourne), Encik George Varugehese (CEO Mariott), Encik Kwai Wai Choong (CEO SETIA Melbourne), dan Encik Neville D Cruz. Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang tersebut tamat pada jam 7.30 malam. Kesemua yang hadir mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada Konsul Jeneral mengenai aktiviti perniagaan mereka dan sebagainya.

 

Dari Kiri Ke Kanan:- Encik George Varughese (Mariott), Puan NurZulaikha (Isteri Konsul Jeneral), Dr Rameez (Konsul Jeneral), Encik Choong (SETIA), Encik Neville D Cruz dan Encik Terrence (MAS).


 

Share:
Link copied to clipboard
Back