Mesyuarat Pertama Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia (SPKM) bagi Malawakil Melbourne telah diadakan pada hari Selasa, 12/11/2013 dari jam 11.00 pagi sehingga jam 11.40 pagi. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh kesemua tujuh (7) HBS dari Konsulat Jeneral Malaysia, Melbourne, Immigresen Melbourne dan MATRADE. Atase Pendidikan belum lagi diwujudkan di Melbourne walaupun Melbourne mempunyai jumlah pelajar Malaysia seramai 9,000 orang dan yang terbanyak berbanding dengan negeri-negeri lain di Australia.
Mesyuarat SPKM dihadiri oleh:-
{C}i. {C}Dato Dr Mohamad Rameez Yahaya(Konsul Jeneral/Pengerusi SPKM Melbourne)
{C}ii. {C}Encik Shaiful Sharif(Konsul - Trade)
{C}iii. {C}Puan Nawal Mohamed Amin ( Konsul - Immigresen)
{C}iv. {C}Encik Jude Bryan S. Dass (Konsul Muda - Trade)
{C}v. {C}Encik Mohd Anoor Abdullah (Konsul Muda – KLN)
{C}vi. {C}Encik Mohd Yusof Ibrahim (Konsul Muda – Immigresen)
{C}vii. {C}Puan Normah Zabidin (PA kepada Konsul Jeneral)
Antara yang diperbincangkan adalah untuk memastikan kesemua agensi di bawah naungan Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne bertindak bersepadu dan tidak secar silo. Juga di bincangkan tentang pentingnya semua agensi mematuhi peraturan dan kemudahan seperti yang diperuntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2013.