Syarikat Penerbangan Malaysia atau lebih dikenali ramai sebagai MAS telah pada hari ini Jumaat, 22 Oktober 2013 melancar penerbangan ketiga setiap hari dari lapangan terbang Tullamarin, Melbourne ke KLIA, Malaysia. Penerbangan tiga kali sehari ini berupaya menambahkan kapasiti penerbangan sector Melbourne-KL dari 7,896 tempat duduk ke 11,844 tempat duduk seminggu sekali. Ianya juga menambah penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur dari 35 seminggu kepada 42 penerbangan seminggu (MAS= 21; AirAsia=14; dan Emirates=7).
Majlis pelancaran yang diadakan di MAS Lounge, Tullamarin Airport (7.15 pagi sehingga 10.00 pagi) menyaksikan kehadiran seramai 80 orang yang terdiri dari agen pelancongan, pegawai Melbourne Airport; pegawai dari pejabat Datuk Bandar Melbourne; pegawai dari Victoria Tourism Board; dan juga wartawan dari Bernama dan JOM Magazine. Turut hadir ialah Encik Roslan dari Tourism Malaysia, Sydney.
Di majlis tersebut, ianya menyaksikan Encik Lee Poh Kiat, Timbalan Presiden MAS bagi rantau Australia, New Zealand dan Southwest Pacific; Encik Chris Woodruff, Ketua Esekutif Melbourne Airport; dan Dato Dr Mohamad Rameez Yahaya, Konsul Jeneral Malaysia ke Victoria memberikan ucapan mereka mengalu-alukan penerbangan ketiga MAS ini.
Semasa ucapan Encik Lee beliau menyentuh mengenai penerbangan MAS dan hasrat untuk menambahkan lagi penerbangan MAS di Australia terutamanya di Bandar Bandar lain seperti Darwin. Ucapan Encik Chris pula berkisar Melbourne Airport dan rancangan untuk membesarkan lagi Melbourne Airport; manakala dalam ucapan Dato Dr Rameez beliau menyatakan dengan adanya penerbangan ketiga di sektor Melbourne-KL akan menambahkan peluang dagangan antara Malaysia dan Victoria; dan juga memperatkan lagi hubungan bilateral Malaysia-Victoria.
Majlis kemudian disusuli dengan pemotongan kek berbentuk pesawat MAS A330-300 dan kemudian kesemua pelawat ke tarmac dan menyaksikan berlepasnya penerbangan ketiga MAS dari Melbourne Airport. Tetamu kemudiannya menyaksikan cabutan bertuah untuk 2 tiket MAS Kelas Bisness dari Melbourne-KL; dan majlis disudahi dengan satu taklimat kepada media oleh Encik Lee Poh Kiat kepada wartawan yang hadir. Semasa taklimat tersebut, Encik Lee Poh Kiat sekali lagi menekankan mengenai MAS dan pelbagai kemudahan penerbangan yang diberikan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia tersebut termasuk mengenai MH(Malaysian Hospitality).