Satu Pesta Malaysia yang dikendalikan oleh Persatuan Malaysia di Melbourne dengan kerjasama dari Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne telah diadakan pada hari Ahad (4/11/2013) dari jam 12 tengahari sehingga jam 10 malam. Terdapat lebih kurang 15 gerai yang menjual pelbagai bahan makanan Malaysia termasuk ikan pari bakar dan kuih muih serta satay dibuka sempena pesta tersebut. YB Menteri Luar telah merasmikan majlis tersebut pada jam 12.30 tenghari. Ianya menyaksikan lebih dari ribuan rakyat Melbourne termasuk warga Malaysia yang menghadiri majlis tersebut. Tetamu turut disajikan dengan persembahan baba dan nyonya dan lain-lain yang mengambarkan kebudayaan dan tarian Malaysia.