Konsulat Jeneral Malaysia telah menghoskan satu majlis sambutan hari kebangsaan Malaysia yang ke 56 bertempat di Seasons Hotel, 432 St Kilda Road dari jam 6.00 petang sehingga 8.30 malam pada hari Jumaat, 6hb September 2013. Sambutan tersebut menyaksikan kehadiran lebih dari 150 tetamu yang terdiri dari rakyat Malaysia dan Australia terutamanya mereka dari Kor Konsular. Tetamu jemputan khas pada majlis tersebut merupakan Puan Dee Ryall, Ahli Parlimen Mitcham dari Parti Liberal Victoria. Majlis yang dipadatkan dengan pertunjukan fesyen dari Sheikahub.com (Malaysia) turut menyaksikan hadirin menyanyikan lagu tanggal 31 dan lagu Satu Malaysia.