


Permohonan undi pos bagi semua Kategori termasuk bagi Kategori 1B – Pengundi Pos Luar Negara bagi pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang telah dibuka bermula 24 Ogos 2023 (Khamis) dan akan ditutup pada 2 September 2023 (Jumaat). Hari Mengundi pula telah ditetapkan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu).
Permohonan baharu bagi pemilih berdaftar Parlimen tersebut boleh dibuat secara atas talian dengan berdaftar melalui pautan https://myspr.spr.gov.my/
Maklumat lanjut berkaitan pilihan raya kecil ini juga boleh diperoleh melalui pautan di https://www.spr.gov.my/ms/permohonan-undi-pos-prk-parlimen-n36-pelangai-pahang