Pada 11 Oktober 2025, Kedutaan Besar Malaysia di Brussels dengan kerjasama Biro Sukan & Kebudayaan Perwakilan telah menganjurkan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 di Tragelsport Aalst, Brussels.
Program HSN tahun ini adalah aktiviti 'Bowling Tournament' dengan bertemakan #RollwithSarong bersama rakyat Malaysia di Belgium.
Dalam ucapan beliau, Dato' Mohd Khalid Abbasi Abd Razak, Duta Besar Malaysia di Brussels menekankan kepentingan gaya hidup sihat, nilai sukan dan perpaduan.
