Mission News

Program Teh Tarik Madani

18 December 2023 1 views

9 Disember 2023

 

Malawakil Brussels telah mengadakan program "Teh Tarik Madani" yang disertai oleh warga Kedutaan dan rakyat Malaysia di Belgium. Program ini diadakan selari dengan Sambutan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung dari 8 hingga 10 Disember 2023. Malawakil telah menyediakan kaunter Konsular bagi membolehkan rakyat Malaysia membuat pendaftaran rakyat Malaysia di luar negara, selain memberikan maklumat/nasihat Konsular yang berkaitan. TYT Duta Besar juga mengambil peluang berinteraksi bersama para tetamu yang hadir, berkongsi idea dan menerangkan mengenai perannan Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia.

 

Kedutaan Besar Malaysia

Brussels, Belgium

 

Share:
Link copied to clipboard
Back