MAKLUMAN: Amanah Saham National Berhad (ASNB) menyediakan kemudahan transaksi pelaburan tambahan secara online kepada rakyat Malaysia yang mempunyai pegangan di dalam unit ASNB sedia ada. Kemudahan ini dipanjangkan kepada pemegang-pemegang unit ASNB sedia ada yang kini berada di luar negara dengan syarat terlebih dahulu telah mendaftar sebagai pengguna perbankan internet untuk transaksi pelaburan tambahan di dalam dana-dana ASNB yang dibenarkan.
Perkhidmatan pelaburan secara online ini membolehkan pelaburan tambahan dibuat dengan cepat dan mudah melalui portal perbankan internet seperti berikut;
1. www.maybank2u.com.my
2. www.cimbcliks.com.my
3. www.affinonline.com
4. www.rhb.com.my/rhbnow
Pihak ASNB menasihatkan para pelabur membaca dan memahami kandungan Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan sebelum melabur. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.asnb.com.my atau hubungi talian hotline +603-20573000 / emel asnbcare@pnb.com.my