Mission News

MAJLIS IFTAR DAN SOLAT SUNAT TARAWIH DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA BRUSSELS,19 DAN 26 JULAI 2013

25 July 2013 1 views

Sempena bulan Ramadan al-Mubarak pihak Kedutaan Besar Malaysia (KBM) Brussels telah mengadakan Majlis Iftar dan Solat Sunat Tarawih pada 19 dan 26 Julai 2013 bertempat di Dewan Serbaguna KBM.

 

Majis telah dihadiri oleh warga kerja KBM dan pelajar Malaysia serta ahli keluarga mereka. Seramai 50 orang muslimin dan muslimat telah turut sama mengimarahkan Ramadhan 1434H di KBM Brussels. Majlis dimulai dengan Iftar Jamaie dan diikuti dengan Solat Sunat Tarawih 8 rakaat. KBM mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan semoga amalan Ramadhan diterima Allah jua hendaknya.

Share:
Link copied to clipboard
Back