Seramai lebih 23 orang delegasi dari Malaysia telah menyertai INNOVA (The World Exhibition on Inventions, research and New Technologies) pada 14-16 November 2013 di Brussels. Dlegasi terdiri daripada pensyarah dan kakitangan teknikal universiti-universiti awam serta syarikat-syarikat swasta dari Malaysia.
Delegasi telah diraikan oleh TYT Duta Besar Dato’ Zainuddin Yahya di jamuan majlis makan malam di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia. Delegasi Malaysia telah memenangi 4 anugerah dalam pelbagai kategori termasuk Special Award Energy and Environment dalam INNOVA 2013.
www.brussels-innova.com/en/eureka/2013/awards.aspx