Pada 21 Jun 2013 Kedutaan Besar Malaysia (KBM) Brussels telah mengadakan majlis perpisahan untuk En. Ahmad Syukri Idris, Setiausaha Pertama Kastam yang telah tamat tempoh perkhidmatan beliau di Pejabat Kastam, Brussels setelah berkhidmat selama 3 tahun. Majlis turut meraikan kedatangan pengganti beliau En. Masrul Amri Kamarudin yang telah melapor diri pada 20 Jun 2013.
Majlis perpisahan tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna KBM Brussels pada jam 4.00 petang telah dihadiri oleh TYT Duta Besar, YBhg. Dato’ Zainuddin Yahya bersama isteri, YBhg. Datin Fairos Ishak dan semua warga kerja KBM Brussels. KBM mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Ahmad Syukri Idris dan mengalu-kan ketibaan penggantinya En. Masrul Amir Kamarudin ke Brussels.