Kedutaan Besar Malaysia di Belgium telah mengadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433H di Kediaman Rasmi YBhg TYT Dato' Zainudin Yahya, Duta Besar Malaysia ke Belgium pada 15 September 2012. Lebih daripada 200 jemputan telah hadir dan memeriahkan majlis tersebut. Para jemputan terdiri daripada rakyat Malaysia di Belgium dan Luxembourg yang terdiri dari berbilang kaum, serta dif kehormat yang terdiri daripada Konsul Kehormat serta Duta Besar-Duta Besar.
Majlis Sambutan Hari Raya tersebut telah digunakan sepenuhnya oleh YBhg TYT Duta Besar serta warga kedutaan untuk beramah mesra dengan rakyat Malaysia serta para jemputan. Para tetamu yang hadir turut bertukar-tukar pandangan serta memberi maklumat terkini berkaitan hal-hal semasa serta serta kebajikan rakyat Malaysia di negara Belgium dan Luxembourg. Suasa ukhuwwah penuh kemesraan ini turut dikongsi bersama oleh semua yang hadir yang rata-ratanya terus menunggu hingga majlis berakhir bagi memanafaatkan peluang berkumpul bersama rakyat Malaysia yang lain di bawah semangat 1 Malaysia.
Sebelum daripada majlis tersebut, Kedutaan Besar Malaysia di Belgium telah turut mengadakan Solat Sunat Aidilfitri pada 19 Ogos 2012 di Dewan Canseri. Khutbah Aidilfitri disempurnakan dengan teks khutbah yang telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ketua Canseri telah membaca teks khutbah serta mengimamkan Solat Sunat Aidilfitri tersebut.