Kedutaan Besar Malaysia (KBM) Brussels, Belgium akan mengadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H bersama rakyat Malaysia di Belgium dan Luxembourg, bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar TYT Dato' Zainudin Yahya di Dreve Pittoresque 109, 1180 Uccle Belgium, pada 14 September 2013 mulai jam 3.30 - 6.00petang.
Aneka juadah turut disediakan bagi bersama-sama meraikan lebaran di perantauan dalam usaha mengukuhkan ikatan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia di Belgium dan Luxembourg dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.
Semoga majlis akan terus memantapkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dan suasa ukhuwwah penuh kemesraan dapat turut dikongsi walaupun berada jauh dari negara yang tercinta. Salam Aidilfiri 1434H dari KBM Brussels, Belgium.