Mission News

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1435H DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, BRUSSELS

03 October 2014 1 views

Pada Hari Sabtu, 30 Ogos 2014, Kedutaan Besar Malaysia di Belgium telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, 1435H di Kediaman Rasmi TYT Duta Besar Malaysia ke Belgium dan Luxembourg. Majlis bermula pada jam empat petang dengan sesi bertafakur selama 1 minit beserta bacaan surah Al-Fatihah bagi memperingati tragedi MH17 dan MH370.

 

Lebih daripada 200 jemputan yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang bermastautin di Belgium dan Luxembourg telah hadir dan memeriahkan majlis tersebut. Majlis juga turut dihadiri oleh para dif terhormat seperti Duta-Duta Besar negara-negara ASEAN dan Konsul Kehormat Malaysia di Belgium. Para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah istimewa seperti sate ayam dan daging, nasi minyak, lemang, rendang daging, ayam masak merah serta pelbagai jenis kuih-muih tradisional Malaysia.

 

TYT Duta Besar Malaysia, Y.Bhg Dato’ Zainuddin Yahya, serta warga Kedutaan mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan para jemputan yang hadir disamping bertukar-tukar pandangan serta memberi maklumat terkini berkaitan hal-hal semasa negara. Suasana ukhuwah penuh kemesraan dan muhibbah ini turut dikongsi bersama oleh semua yang hadir yang rata-ratanya terus menunggu hingga akhir majlis bagi memanfaatkan sepenuhnya peluang berkumpul bersama rakyat Malaysia.

Share:
Link copied to clipboard
Back