Mission News

MESYUARAT KETUA-KETUA AGENSI, 5 JULAI 2013

04 July 2013 1 views

Mesyuarat Ketua-Ketua Agensi Bil.1/2013 telah diadakan pada 5 Julai 2013 di Kediaman Rasmi TYT Duta Besar Brussels. Mesyuarat yang diadakan  dua kali setahun ini telah turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Agensi di Brussels dan Eropah yang terdiri daripada MITI, KDRM, MPOB, MPOC, MIDA Frankfurt, MoA Rotterdam, Tourism Malaysia The Hague, Matrade Rotterdam dan Wisma Putra selaku Sekretariat. 

 

Mesyuarat membincangkan  program-program yang telah dijalankan oleh setiap agensi serta hala tuju dan perancangan program penggal kedua 2013 dan tahun 2014 bagi membentuk rangka kerjasama dan tindakan yang berkesan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TYT Duta Besar.

Share:
Link copied to clipboard
Back