Permohonan undi pos kategori 1B bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 telah dibuka mulai 13 Oktober 2025. Kelayakan permohonan undi pos ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
1) Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah; dan
2) Menetap di luar negara.
Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Pemilih yang layak dan berhasrat mengundi mestilah mendaftar akaun MySPR melalui https://myspr.spr.gov.my. Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi SPR https://spr.gov.my/