Mission News

SAMBUTAN HARI KELUARGA ASEAN DI LIEGE, 28 SEPTEMBER 2013

30 September 2013 1 views

Sambutan Hari Keluarga ASEAN 2013 telah diraikan di kompleks sukan akademi bolasepak di Liege pada 28 September 2013. Warga kedutaan ASEAN di Belgium termasuk para diplomat serta keluarga turut sama memeriahkan pelbagai acara sukaneka sempena hari keluarga tersebut. Kemuncak sukaneka adalah pertandingan bola sepak dengan melibatkan semua pemain yang terdiri dari semua kedutaan ASEAN di Belgium.

     Acara bermula jam 11:00 pagi dan berakhir jam 2:00 petang. Majlis  turut diserikan dengan pelbagai juadah makanan citarasa ASEAN yang disumbangkan oleh para jemputan.

Share:
Link copied to clipboard
Back