HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI BANGLADESH: PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) SARAWAK KE-12
Perhatian kepada rakyat Malaysia di Bangladesh;
Sukacita dimaklumkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-12 akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penamatan Proklamasi Darurat (Sarawak) dan pembubaran DUN Sarawak yang telah diisytiharkan pada 3 November 2021.
Dalam hal ini, SPR akan meneruskan kemudahan mengundi secara pos untuk warganegara Malaysia yang berada di luar negara bagi maksud PRU DUN Sarawak tersebut. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah mulai 8 November 2021 (Isnin) sehingga 24 November 2021 (Rabu).
Untuk tujuan ini, permohonan undi pos bagi Kategori 1B (Pengundi Luar Negara) boleh dibuat untuk pertimbangan pihak SPR, secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my sepanjang tempoh permohonan tersebut di atas.
Permohonan bagi Kategori 1B ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan permohonan seperti berikut:
1. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;
2. Bermastautin di luar negara; dan
3. Mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya DUN dalam negeri Sarawak.
Bagi proses pemulangan kertas undi kepada SPR (setelah diterima), rakyat Malaysia boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan sendiri.
Maklumat lanjut mengenai proses pengundian secara pos di luar negara boleh diperohi melalui pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/soalan-lazim/undi-pos-luar-negara.
Sekian, terima kasih.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh