Mission News

SURUHANJAYA TINGGI TIDAK BOLEH MENCAMPURI HAL EHWAL PERIBADI WARGANEGARA MALAYSIA

17 June 2022 1 views
Perhatian Kepada Warganegara Malaysia,
SURUHANJAYA TINGGI TIDAK BOLEH MENCAMPURI HAL EHWAL PERIBADI WARGANEGARA MALAYSIA
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka menghormati keputusan Tuan/Puan untuk melangsungkan perkahwinan dengan sesiapa juapun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan Pihak Berkuasa berkaitan. Ianya adalah merupakan hal yang sangat peribadi.
Oleh sebab ianya merupakan hal yang sangat peribadi, Suruhanjaya Tinggi TIDAK BOLEH mencampuri sebarang urusan peribadi berhubung perihal perkahwinan ini, termasuk perkara berikut:
i. Tidak boleh menjadi pendamai dan tidak boleh mencampuri sebarang urusan lanjutan perselisihan atau pertengkaran atau krisis antara Tuan/Puan dan pasangan dan keluarga;
ii. Tidak boleh menjadi penghubung kepada pasangan Tuan/Puan bagi pihak Tuan/Puan;
iii. Tidak boleh memberikan apa-apa perkhidmatan termasuk urusan di lapangan terbang, pengangkutan mahupun kediaman bagi maksud urusan peribadi Tuan/Puan dan pasangan serta keluarga;
iv. Tiada boleh memberikan bantuan kewangan secara rasmi mahupun peribadi berkaitan permasalahan peribadi Tuan/Puan dan pasangan serta keluarga;
v. Tidak boleh untuk memberikan kaunseling atau bantuan guaman berkaitan sebarang permasalahan lanjutan perkahwinan Tuan/Puan;
vi. Tiada kuasa untuk membenarkan pasangan Tuan/Puan masuk ke Malaysia (sekiranya disekat kemasukan atas apa jua sebab);
vii. Tidak boleh meluluskan Visa untuk masuk ke Malaysia sekiranya syarat-syarat bukti dokumentasi yang sah permohonan kemasukan pasangan Tuan/Puan tidak dipenuhi.
Sekian, terima kasih.
 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia,
Dhaka
Share:
Link copied to clipboard
Back